Yosua 2:8-10 Sebelum pengintip-pengintip itu tidur pada malam itu, Rahab naik ke bumbung rumah dan berkata kepada mereka, “Aku tahu bahawa TUHAN telah memberikan tanah ini kepada kamu. Semua orang di negeri ini takut kepada kamu. Kami telah mendengar bahawa TUHAN telah mengeringkan Laut Gelagah di hadapan kamu ketika kamu meninggalkan Mesir. Kami juga mendengar bahawa kamu telah membunuh Raja Sihon dan Raja Og, dua orang raja bangsa Amori di sebelah timur Sungai Yordan. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "TUHAN telah memberikan tanah ini" Bab 2 kitab Yosua kisah Yosua menyuruh dua orang pengintip ke tanah Kanaan terutama sekali kota Yerikho, sampai di sana mereka menginap di rumah seorang pelacur yang bernama Rahab (ay.1). Perempuan itu begitu yakin bahawa TUHAN telah memberikan tanah Kanaan kepada orang Israel dan memohon supaya dia dan keluarganya diselamatkan (ay.12). Perempuan pelacur lebih beriman berbanding 10 pengintip yang dihantar Musa 40 tahun yang lepas. Hari ini jangan sampai pemabuk, pezina, pemalas dan sebagainya lebih percaya kepada Tuhan Yesus berbanding kita para pelayan TUHAN. Semoga kita pun mempunyai iman seperti Rahab yang percaya tanah ini telah diberikan kepada kamu. Doa: Tuhan kuatkan iman kami supaya seperti iman Rahab. Damai sejahtera dijiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 21.11.2025.

Comments

Popular Posts