Yosua 6:20
Lalu imam-imam meniup trompet. Sebaik sahaja askar-askar mendengarnya, mereka berteriak dengan kuat, dan tembok kota Yerikho pun roboh. Kemudian seluruh angkatan tentera terus naik ke kota itu, lalu menyerang dan merebutnya.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tembok Yerikho pun roboh"
Bab 6 kitab Yosua kisah bagaimana orang Israel di bawah kepimpinan Yosua atas perintah TUHAN merebut kota Yerikho. Tembok kota Yerikho roboh dengan sendirinya selepas orang Israel berarak mengelilingi tembok itu tujuh kali sekali sehari selama tujuh hari pada hari ke tujuh mereka berarak mengelilingi sebanyak tujuh kali, tembok kota Yerikho pun roboh (ay.20).
Begitulah kuasa TUHAN menghukum penduduk kota Yerikho.
Hari ini banyak tembok kota Yerikho yang wujud secara rohani, hati kita yang keras untuk bertaubat, bila lagi mahu bertaubat umur meningkat saban hari, tidak pasti peringatan kali keberapa TUHAN berikan kepada kita. Raja kota Yerikho diberi masa cukup lama itu bertaubat, tetapi tidak mahu berbuat demikian.
Semoga kita ingat kota Yerikho pun roboh dihadapan TUHAN, lembutkan hati menerima Tuhan Yesus.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya kami tidak dihukum seperti penduduk kota Yerikho.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 25.11.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment