Yosua 1:16-18
Mereka berkata kepada Yosua, “Kami akan melakukan segala yang tuan katakan, dan pergi ke mana sahaja tuan suruh kami pergi. Kami akan taat kepada tuan sebagaimana kami sentiasa taat kepada Musa. Semoga TUHAN, Allah tuan menyertai tuan sebagaimana Dia telah menyertai Musa! Setiap orang yang tidak mahu tunduk kepada kekuasaan tuan atau tidak taat kepada salah satu perintah tuan akan dihukum mati. Hendaklah tuan yakin dan berani!”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kami akan taat"
Bab 1 kitab Yosua kisah permulaan kepimpin Yosua anak Nun pembantu Musa itu, TUHAN sendiri berfirman kepadanya tentang tugas menggantikan Musa selepas kematian Musa, misi Yosua sangat jelas iaitu membawa umat Israel menyeberangi sungai Yordan, diberi tahu sempadan tanah yang diberikan oleh TUHAN, tiada yang dapat mengalahkan Yosua selama dia hidup, ia akan menjadi pemimpin selepas tanah itu ditakluki, mesti mentaati Taurat dan jangan takut sebab TUHAN menyertainya (ay.1-9).
Suku Ruben, Gad dan setengah suku Manasye yang diberikan tanah di timur seberangi sungai Yordan telah menyatakan sokongan kepada Yosua bahawa mereka akan taat kepada perintahnya (ay.16).
Kepimpin Yosua tidak ada menentang berbanding Musa.
Semoga kita seperti cara kepimpin Yosua tidak ada yang menentang malah rakyat mengatakan "kami akan taat kepada tuan".
Doa: Tuhan Yesus tolong kami agar seperti Yosua semua orang menerima kepimpin kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 20.11.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment