Ulangan 23:3-5 Orang Amon dan orang Moab serta keturunan mereka sampai kepada generasi yang kesepuluh, tidak boleh menjadi umat TUHAN. Mereka tidak mahu memberi kamu makanan dan air ketika kamu dalam perjalanan keluar dari Mesir. Mereka juga mengupah Bileam anak Beor, dari kota Petor di Mesopotamia, untuk mengutuk kamu. Tetapi TUHAN, Allah kamu tidak mahu mendengarkan Bileam. Sebaliknya Dia mengubah kutuk itu menjadi berkat, kerana Dia mengasihi kamu. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Orang Amon dan orang Moab" Bab 23 kitab Ulangan Musa mengingatkan kembali beberapa peraturan dan peraturan baharu seperti larangan menjadi umat TUHAN bagi orang Amon dan Moab (ay.3), walaupun mereka ini adalah keturun Lot (Kej.19:36-38). Alasan Musa kerana raja Moab mahu mengutuk orang Israel. Tetapi Rut orang Moab diterima oleh TUHAN sebagi umat-Nya malah garis keturunan Tuhan Yesus. Hari ini tiada lagi perbezaan orang Amon atau Moab semua dipanggil oleh Tuhan Yesus menjadi umat-Nya. Semoga kita ingat orang Amon dan orang Moab seperti kita tetapi kurnia Tuhan menjadikan kita umat-Nya. Doa: Tuhan Yesus terima kasih kerana menjadikan kami umat-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 8.11.2025.

Comments

Popular Posts