Yosua 11:19-20 Kota satu-satunya yang berdamai dengan umat Israel ialah kota Gibeon, tempat tinggal sebahagian orang Hewi. Semua kota lain dikalahkan dalam pertempuran. TUHAN menyebabkan mereka nekad berperang dengan orang Israel, supaya mereka habis dibinasakan dan dibunuh tanpa kasihan. Itulah yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Berdamai dengan umat Israel" Bab 11 kitab Yosua bersambung kisah peperangan orang Israel di bawah kepimpinan Yosua, beberapa lagi raja bergabung menyerang orang Israel, tetapi dikalahkan oleh TUHAN melalui Yosua dan askar-askarnya. Termasuk kota Hazor kerajaan terkuat pada zaman itu dikalahkan (ay.10). Orang raksasa juga dikalahkan (ay.21) yang selama 40 tahun menghantui orang Israel, tetapi akhirnya dikalahkan kerana kuasa TUHAN. Hanya kota Gibeon yang berdamai dengan Yosua dan tidak dimusnahkan. Hari ini pun ada yang berdamai dengan orang Israel dan ada yang menyerang. Semoga kita seperti orang Gibeon berdamai dengan umat Israel. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya bijaksana berdamai berbanding berperang. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 30.11.2025. Tahniah kepada GRS berjaya membentuk kerajaan bersama parti lain yang memberi sokongan. Semoga membawa manafaat besar kepada rakyat untuk 5 tahun lagi sehingga 2030.

Comments

Popular Posts