Ulangan 21:22-23 “Jika seorang telah dihukum mati kerana melakukan jenayah, dan mayatnya digantung pada tiang, maka mayat itu tidak boleh dibiarkan tergantung di situ sehingga keesokan harinya. Mayat itu mesti dikubur pada hari itu juga, kerana mayat yang dibiarkan tergantung pada tiang mendatangkan kutuk daripada Allah atas tanah itu. Kebumikanlah mayat orang itu supaya kamu tidak menajiskan tanah yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dikuburkan pada hari itu juga" Bab 21 kitab Ulangan Musa memberi perintah tentang bagaimana cara menyelesaikan kes seseorang mati di padang tidak diketahui pembunuhnya, penduduk kota terdekat perlu mengorbankan seekor lembu muda dan membasuh tangan atas lembu itu tanda mereka tidak bersalah (ay.1-9). Tentang peraturan tawanan perempuan yang dijadikan isteri (ay.10-14), peraturan tentang hak anak sulung (ay.15-17), peraturan tentang anak derhaka (ay.18-21) dan peraturan mayat penjenaya yang dihukum mati digantung pada tiang, mesti dikebumikan pada hari itu juga, supaya tanah tidak dikutuk (ay.22). Mayat Tuhan Yesus juga dikuburkan pada hari dia meninggal. Hari ini tiada lagi hukuman seperti itu dan mayat mesti diurus dengan baik, dikuburkan tidak dibiarkan reput begitu saja. Semoga kita faham kenapa mayat Tuhan Yesus dikuburkan pada hari itu juga. Doa: Tuhan Yesus ajarlah kami menghargai pengorbanan-Mu demi kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 6.11.2025.

Comments

Popular Posts