Ulangan 24:16 Ibu bapa tidak boleh dihukum mati kerana jenayah yang dilakukan oleh anak mereka, dan anak juga tidak boleh dihukum mati kerana jenayah yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Tiap-tiap orang hanya boleh dihukum mati kerana jenayah yang dilakukannya sendiri. Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Jenayah yang dilakukannya sendiri" Bab 24 kita Ulangan Musa memberikan beberapa peraturan lagi yang tidak disebut dalam kitab sebelum ini, antara yang disebut tentang jenayah yang dilakukan oleh anak tidak boleh dijatuhkan hukuman kepada ibu bapa mereka begitu juga sebaliknya (ay.16). Kita tahu peraturan ini juga dilanggar oleh orang Israel, demi kuasa politik malah dikalangan adik-beradik sendiri saling membunuh. Hari ini kita tidak sampai membunuh seseorang akibat kesalahan anak-anak mereka atau sebaliknya tetapi kecaman tetap ada. Semoga kita belajar siapa sahaja akan dihukum kerana jenayah yang dilakukannya sendiri tiada yang boleh dilibatkan bersama. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya tidak melakukan jenayah agar tidak dihukum. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 9.11.2025.

Comments

Popular Posts