Yosua 12:9-24 Umat Israel mengalahkan raja-raja dari kota-kota berikut: Yerikho, Ai (dekat Betel), Yerusalem, Hebron, Yarmut, Lakhis, Eglon, Gezer, Debir, Geder, Horma, Arad, Libna, Adulam, Makeda, Betel, Tapuah, Hefer, Afek, Lasaron, Madon, Hazor, Simron-Meron, Akhsaf, Taanakh, Megido, Kedes, Yokneam (di Karmel), Dor (di tepi pantai), Goyim (di Galilea) dan Tirza - kesemuanya 31 orang raja. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kesemuanya 31 raja" Bab 12 kitab Yosua ringkasan kisah peperangan orang Israel di bawah kepimpinan Yosua, merebut tanah Kanaan. Kawasan itu sehingga Bet-Yesimot di selatan (ay.3), di utara sehingga ke gunung Hermon, di barat sehingga ke gunung Halak (ay.7) dan di sebelah timur sehingga ke lereng-lereng bukit sebelah timur (ay.8). Ada 31 raja yang dikalah oleh Yosua (ay.24) atas pertolongan TUHAN. Hari ini dalam konteks kita tidak lagi berperang secara fizikal untuk merebut kawasan tetapi masih terus merebut kawasan iman. Masing-masing mahu menguasi kawasan, melalui politik, perkahwinan, kuasa dan sebagainya. Tujuan tetap satu iaitu merebut kawasan. Semoga kita dengan pertolongan TUHAN seperti Yosua dapat mengalahkan kesemua 31 raja di tanah Kanaan. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak kalah dalam peperangan iman. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 1.12.2025. Tahniah kepada Hajiji Noor kerana dapat mempertahankan jawatan sebagai ketua menteri Saban sehingga 2030.

Comments

Popular Posts