Ulangan 28:66-67 Hidup kamu akan selalu terancam bahaya. Siang malam kamu akan dipenuhi kengerian, dan kamu sentiasa takut akan kematian. Apa sahaja yang kamu lihat akan menyebabkan hati kamu berdebar-debar kerana takut. Setiap pagi kamu akan mengharapkan malam, dan setiap malam kamu akan mengharapkan pagi. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Sentiasa takut akan kematian" Bab 28 kitab Ulangan Musa untuk kali dua mengingatkan orang Israel tentang berkat kalau taat dan kutuk kalau tidak taat kepada perintah TUHAN, perintah TUHAN merujuk kepada semua hukum yang disebut dalam kitab Keluaran dan Imamat yang disebut langsung oleh TUHAN. Sehingga hari ini orang Yahudi masih taat kepada hukum itu malah semakin banyak yang mereka tambah sesuai tafsiran dari masa kesemasa. Berbanding orang Kristian semakin hari semakin mengurangi larangan sebab alasan kasih kurnia melalui iman. Antara yang ditambah Musa dalam ucapan dalam bab ini iaitu ketakutan atas kematian menghantui umat (ay.66) atau dengan kata lain tiada damai sejahtera. Hari ini adakah kita hidup dalam ketakutan atau damai sejahtera. Semoga kita tidak sentiasa takut akan kematian tetapi ada damai sejahtera di dalam Tuhan Yesus. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya taat kepada perintah-Mu iaitu mengasihi orang lain seperti diri sendiri supaya kami hidup damai sejahtera. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 13.11.2025.

Comments

Popular Posts