Ulangan 17:16-18 Raja itu tidak boleh mempunyai pasukan berkuda yang besar bilangannya. Raja itu tidak boleh menghantar orang ke Mesir untuk membeli kuda, kerana TUHAN sudah berfirman bahawa umat-Nya tidak boleh balik ke Mesir. Raja itu tidak boleh mempunyai banyak isteri, kerana hal itu akan menyebabkan baginda berpaling daripada TUHAN; raja itu tidak boleh memperkaya diri dengan emas atau perak. Apabila baginda ditabalkan menjadi raja, baginda mesti diberikan sebuah kitab hukum Allah yang disalin daripada kitab asli yang disimpan oleh imam-imam suku Lewi. Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mesti diberi kitab hukum TUHAN" Bab 17 kita Ulangan Musa mengingatkan umat supaya tidak mempersembahkan korban binatang yang cacat (ay.1), juga tentang penyembahan kalau ada yang menyembah tuhan lain mesti dihukum mati direjam dengan batu (ay.6-7). Musa juga tahu bangsa Israel akan menginginkan seorang raja seperti bangsa lain apabila menduduki tanah Kanaan, dia mengingatkan agar raja tidak memiliki ramai isteri, kuda perang dan perak dan emas yang banyak (ay.16-17). Raja yang ditabalkan mesti diberi salinan kitab hukum TUHAN, dia mesti membacanya seumur hidup dan setia mengikuti perintah kitab itu (ay.18-19). Malangnya raja-raja yang dilantik semua tidak mengikuti peringatan Musa, semua memiliki isteri yang ramai, perak dan emas pasukan berkuda yang banyak dan kitab hukum TUHAN tidak diberikan kepada raja. Hari ini adakah para pemimpin kita diberikan kitab hukum TUHAN, atau mentaati kitab itu. Semoga kita mesti diberi kitab hukum TUHAN kepada para pemimpin kita untuk mereka baca dan taati. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat membaca dan mentaati hukum TUHAN. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 2.11.2025.

Comments

Popular Posts