Yunus 4:1-2 (AVB) Maka Yunus amat tidak senang hati lantas dia menjadi marah.
Kemudian berdoalah dia kepada TUHAN, katanya, “Ya TUHAN, bukankah sudah kukatakan hal ini ketika aku masih di negeriku sehingga aku cepat-cepat melarikan diri ke Tarsis. Aku tahu betapa Engkaulah Tuhan pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, serta berbelas kasihan dan tidak pula mendatangkan malapetaka.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Yunus marah kepada TUHAN" Kisah pertaubatan rakyat Niniwe menyebabkan TUHAN tidak jadi memusnahkan mereka lantas membuatkan nabi Yunus tidak puas hati dan marah kepada TUHAN kerana sikap TUHAN yang pengasih, penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih serta belas kasihan tidak memusnahkan kota Niniwe. Mungkin kita sendiri berharap TUHAN menghukum orang lain berbanding berharap orang itu bertaubat dan diselamatkan. Tuhan Yesus datang ke dunia kerana mahu semua orang bertaubat supaya seperti kota Niniwe tidak dimusnahkan oleh TUHAN.
Mari kita belajar berdoa untuk keselamatan orang lain dan bukan seperti nabi Yunus marah kepada TUHAN kerana tidak memusnahkan kota Niniwe.
Damai sejahtera di sanubari kita.
emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu International Airport Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
24.7.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment