Nahum 1:14-15 (AVB) TUHAN membuat ketetapan tentang engkau, wahai Niniwe, “Tidak akan ada lagi penerus namamu. Aku akan melenyapkan patung ukiran dan patung tuangan di dalam kuil berhalamu. Aku akan menyediakan kuburmu, kerana engkau ini hina.” Lihatlah, di atas gunung-gunung tampak kaki orang yang membawa khabar baik, yang mengkhabarkan kedamaian. Rayakanlah hari-hari perayaan kamu, wahai Yehuda, dan bayarlah nazarmu, kerana orang dursila itu tidak akan melalui kamu lagi, mereka telah dilenyapkan sama sekali. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tidak ada penerus" Nabi Nahum juga bernubuat kepada Niniwe mungkin dia hidup selepas nabi Yunus, TUHAN tetap meneruskan ancaman hukuman kepada Niniwe, dikatakan tidak ada penerus kerajaannya, orang Yehuda tidak perlu takut sebab Niniwe yang disebut orang dusila itu tidak akan melalui Yehuda lagi (ay. 15). Satu kelegaan kepada kita apabila musuh yang ditakuti hilang di muka bumi. Nama Tuhan Yesus disangka oleh pemimpin agama tidak ada penerus selepas kemangkatan-Nya tetapi dia hidup semula selepas tiga hari, sehingga hari ini masih ada penerus nama-Nya kitalah penerus itu. Mari kita belajar tidak ada penerus bagi nama orang dusila tetapi menjadi penerus nama Tuhan Yesus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 1.8.2024.

Comments

Popular Posts