Amos 6:11-12 (AVB) Sesungguhnya, jika TUHAN memberikan perintah, maka akan dirobohkan-Nya rumah yang besar menjadi reruntuhan dan rumah yang kecil menjadi cebisan kepingan. Adakah kuda berlari di atas bukit batu? Adakah orang membajak di situ dengan lembu? Akan tetapi, kamu telah mengubah keadilan kepada racun dan buah yang benar kepada kepahitan – Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Rumah kecil menjadi cebisan" Ancaman hukuman kepada Israel kerana dosa ketidak adilan, mereka ibarat mengubah keadilan menjadi racun. Bukan saja orang kaya yang memiliki rumah besar rumah akan dimusnahkan tetapi rakyat biasa yang memiliki rumah kecil pun dimusnahkan oleh TUHAN sebagai hukuman kerana ketidak adilan. Teringat saya rumah-rumah yang dibina di tapak tidak dibenarkan lambat laun akan dirobohkan kerana melanggar peraturan sama seperti tidak melakukan keadilan kepada pemilik tanah tersebut. Tuhan Yesus mengajar rakyat melakukan keadilan kepada pemerintahan dan kepada TUHAN dengan membayar apa yang ditetapkan oleh pemerintah dan kepada TUHAN apa yang ditetapkan oleh TUHAN (Mat. 22:20-21). Mari kita belajar melakukan keadilan sebelum rumah kecil menjadi cebisan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 16.7.2024.

Comments

Popular Posts