Amos 5:14-15 (AVB) Carilah yang baik, jangan yang jahat, supaya kamu hidup. Dengan demikian TUHAN, Allah alam semesta, akan menyertai kamu, seperti yang kamu katakan. Bencilah yang jahat dan cintailah yang baik, tegakkanlah keadilan dalam sidang pengadilan, barangkali TUHAN, Allah alam semesta, akan mengasihani saki-baki keturunan Yusuf. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Carilah yang baik" TUHAN benci sikap orang Israel, walaupun memberi persembahan berupa binatang yang tambun dan meraihkan perayaan keagamaan serta memberi nyanyian puji kepada-Nya (ay. 21-23) sebab mereka mengabaikan keadilan dan orang misikin, mereka tidak mencari yang baik tetapi yang jahat. Tuhan Yesus mengajar kita bahawa diberkati mereka yang mengasihani (Mat 5:7), hari ini adakah kita mencari yang benar dan mengasihani orang lain. Mari kita berlajar mencari yang benar bukan yang jahat supaya ibadah dan persembahan kita tidak dibenci oleh TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 15.7.2024.

Comments

Popular Posts