Amos 8:4-6 (AVB) Dengarlah ini, wahai kamu yang menginjak-injak golongan yang melarat, dan yang melenyapkan fakir miskin di negeri ini, dan yang berkata, “Bilakah tamatnya bulan baru ini supaya kita dapat menjual gandum, dan bilakah berakhirnya hari Sabat ini supaya kita dapat menjual gandum dengan mengecilkan efa, membesarkan syikal dan berbuat curang dengan neraca tipuan; supaya kita dapat membeli fakir miskin dengan perak dan orang melarat dengan sepasang kasut serta menjual sekam bersama-sama gandumnya?” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari, hari ini kita belajar tentang "Menjual sekam bersama-sama gandumnya" Hukuman TUHAN ke atas orang Israel tidak dapat ditunda lagi, ibarat buah musim panas yang ada di depan mata sedia diambil (ay. 1). Kerana kejahatan mereka sudah memuncak, mereka sanggup menjual sekam bersama-sama gandum kepada orang miskin dan dengan timbangan yang menipu. Tuhan Yesus pernah menegur orang yang menjual di halaman bait suci, Dia sebut sarang penyamun (Luk. 19:46), mungkin timbangan mereka juga tidak betul menipu pembeli. Mari kita berlajar tidak menipu orang lain dalam bentuk apa saja, jangan menjual sekam bersama-sama gandumnya. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 18.7.2024.

Comments

Popular Posts