Yunus 2:6-7 (AVB) Tenggelamlah aku ke dasar gunung-gunung dengan tambatan bumi mengurung aku buat selama-lamanya, namun Engkau membawaku naik dari lubang kubur, ya TUHAN, Allahku.
Ketika jiwaku sedang rimpuh dalam diriku, aku teringat kepada TUHAN, dan doaku sampai kepada-Mu, ke bait-Mu yang suci.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Teringat kepada TUHAN" Ketika nabi Yunus dicampakkan ke dalam laut ikan besar menelannya, dalam perut ikan dia berdoa, bahawa teringat kepada TUHAN dan Bait Suci begitulah Yunus bertaubat. Ramai yang bertaubat ketika mengalami sesuatu peristiwa yang mungkin itu mengancam nyawanya, nyawa sangat berharga bagi manusia dan sangat bersyukur apabila nyawanya terselamat sebab sesuatu tindakan yang mustahil bagi manusia, seperti kejadian nabi Yunus ditelan ikan tetapi tidak mati di dalam perut ikan. Tuhan Yesus mengambil contoh kisah ini sebagai tanda bahawa Dia pun seperti ditelan oleh ikan, mustahil bagi manusia tetapi tidak bagi TUHAN hidup semula selepas di telan maut selama tiga hari tiga malam (Mat. 12:39-40).
Mari kita belajar teringat kepada TUHAN sebelum ditelan ikan besar.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 22.7.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment