Hosea 13:14 (AVB) Adakah Aku harus menebus mereka daripada kuasa alam barzakh, Adakah Aku akan melepaskan mereka daripada maut. Wahai maut, di manakah wabak penyakitmu? Wahai alam barzakh, di manakah seksa pembinasaanmu? Belas kasihan akan tersembunyi daripada mata-Ku. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Alam barzakh" Dalam terjemahan TB disebut dunia orang mati, orang Kristian percaya ada dunia orang mati atau paling tidak kita percaya orang mati ada di satu alam lain, adakah itu benar menurut Alkitab? Saya tidak bermaksud membahas itu dalam renungan pagi. Di dalam alam barzakh atau alam maut TUHAN masih berbelas kasihan untuk melepaskan kita, iaitu melalui Tuhan Yesus kematian dan kebangkitan-Nya telah mengalahkan maut dan alam barzakh itu (2 Kor 15:14-15) supaya membawa kita keluar dari sana. Itulah sebab ketakutan akan kematian dan alam barzakh lenyap di dalam Yesus Kristus. Mari kita belajar alam barzakh tidak menakutkan lagi sebab ada pembebas iaitu Tuhan Yesus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 6.7.2024.

Comments

Popular Posts