Mikha 6:7-8 (AVB) Adakah TUHAN berkenan kepada ribuan domba jantan atau kepada puluhan ribu aliran minyak? Haruskah aku persembahkan anak sulungku kerana pelanggaranku, anak kandungku kerana dosaku sendiri?”
Wahai manusia, engkau telah diberitahu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut TUHAN daripadamu selain menegakkan keadilan, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu?
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menegakkan keadilan, mencintai kesetiaan dan hidup rendah diri" Nabi Mikha mengingatkan rakyat dan para pemimpin di Israel bahawa TUHAN tidak berkenan dengan korban yang banyak atau sehingga anak-anak dipersembahkan untuk menyucikan dosa mereka bukan itu yang TUHAN mahu tetapi keadilan, kesetiaan dan rendah diri di hadapan TUHAN. Di mana berlaku ketidak adilan, tiada kesetiaan dan kesombongan akan berlaku kekacauan, pergaduhan, pemberontakan dan sebagainya.
Tuhan Yesus mengajar agar kita merendahkan diri malah menjadi paling rendah kalau mahu menjadi pemimpin (Mat. 23:11)
Mari kita belajar menegakkan keadilan, mencintai kesetiaan dan rendah diri itu lebih baik daripada persembahan yang banyak.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
30.7.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment