Mikha 7:18-19 (AVB) Siapakah Allah yang seperti Engkau, yang mengampunkan kesalahan, dan yang menghapuskan pelanggaran daripada sisa harta pusaka-Nya? Dia tidak mempertahankan murka-Nya untuk seterusnya, kerana Dia menyukai kasih abadi. Dia akan kembali mengasihani kita, Dia akan menginjak-injak kesalahan kita. Engkau akan membuang segala dosa kami ke laut yang dalam. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tidak mempertahankan murka-Nya" Nabi Mikha berharap murka TUHAN tidak selama-lamanya kepada umat Israel, sebab Dia menyukai kasih abadi dan membuang jauh-jauh dosa mereka. Memang betul begitulah TUHAN kita tidak selama-lamanya murka tetapi tidak bermaksud membiarkan kita hidup dalam dosa, perlu bertaubat. Tuhan Yesus berharap dapat memeluk umat Israel tetapi mereka tidak menerima-Nya (Luk. 13:34) sebab mereka tidak mahu bertaubat. Mari kita belajar TUHAN tidak mempertahankan murka-Nya membuang jauh-jauh dosa kita kalau bertaubat. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 31.7.2024.

Comments

Popular Posts