Yo'el 2:32 (AVB) Maka akan terjadi kelak, semua orang yang menyeru nama TUHAN akan diselamatkan. Di Gunung Sion dan di Yerusalem akan ada orang yang terselamat, seperti yang telah difirmankan TUHAN, dan dalam kalangan yang tertinggal itu akan ada mereka yang dipanggil TUHAN.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Orang yang menyeru nama TUHAN akan diselamatkan" Nabi Yoel memanggil rakyat supaya bertaubat, sebelum hari TUHAN datang boleh bermaksud hari kedatangan belalang pemusnah dari utara iaitu tentera Asur atau hari penghukuman TUHAN, hanya orang yang menyeru nama TUHAN akan diselamatkan. Paulus dalam surat ke Roma bab 10 memetik ayat ini dan maksud orang menyeru nama TUHAN akan diselamatkan ialah percaya kepada Tuhan Yesus (ay. 4). Keselamatan bagi nabi Yoel itu boleh bermaksud selamat dari perang atau selamat dari hukuman TUHAN.
Mari kita belajar orang yang menyeru nama TUHAN akan diselamatkan.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
9.7.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment