Amos 3:14-15 (AVB) “Pada waktu Aku menghukum Israel atas sebab segala pelanggarannya, Aku juga akan menjatuhkan hukuman atas mazbah-mazbah di Betel. Tanduk-tanduk mazbah itu akan dipenggal dan akan jatuh ke tanah.
Akan Kurobohkan kediaman musim dingin serta kediaman musim panas. Rumah-rumah daripada gading akan musnah dan rumah-rumah besar akan ditiadakan,” demikianlah firman TUHAN.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari, hari ini kita belajar tentang "Kediaman musim dingin serta kediaman musim panas"
Nabi Amos menyampaikan pesan kepada rakyat bahawa hukuman TUHAN akan berlaku kepada mereka, memusnahkan mazbah-mazbah di Betel, rumah musim panas serta rumah musim dingin, rumah gading dan rumah besar mereka akan dimusnahkan. Mungkin pada masa itu semakin ramai yang menjadi kaya rumah pun banyak jenis, berbanding kita hari ini hanya satu jenis rumah untuk semua musim, tetapi sayang kalau mereka tidak bertaubat semua rumah itu akan dimusnahkan oleh TUHAN.
Tuhan Yesus mengatakan bahawa Dia menyediakan rumah kita di syurga (Yoh 14:2-3), sebab rumah kita di bumi akan musnah tidak tahan lama.
Mari kita belajar supaya bertaubat sebelum rumah musim panas serta rumah musim dingin dimusnahkan oleh TUHAN.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
13.6.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment