Hosea 14:4-5 (AVB) “Aku akan menyembuhkan mereka daripada kemurtadan mereka, Aku akan mencintai mereka dengan sukarela, kerana murka-Ku telah surut daripada mereka. Aku akan menjadi seperti embun bagi Israel. Dia akan berbunga seperti bunga bakung dan menjulurkan akar-akarnya seperti pokok araz Lebanon. Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tentang "Mencintai mereka dengan sukarela" TUHAN memanggil orang Israel untuk kembali kepada-Nya (ay.1), sebab TUHAN mengasihi mereka secara sukarela, bukan sebab kebaikan orang Israel tetap pilihan TUHAN sendiri. Melalui Tuhan Yesus kasih TUHAN diberikan secara sukarela kepada semua orang (Yohanes 3:16) dan mereka yang percaya kepada Tuhan Yesus akan diselamatkan (Markus 16:16). Mari kita belajar kembali kepada TUHAN sebab Dia mengasihi mereka dengan sukarela. Kebaktian yang sejati menerima kasih TUHAN secara sukarela, selamat beribadah. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat, Sabah Malaysia. 7.7.2024.

Comments

Popular Posts