Yunus 3:4-5, 7 (AVB) Berserulah Yunus setelah memasuki kota itu sejauh sehari perjalanan, “Empat puluh hari lagi Niniwe akan ditewaskan!” Orang Niniwe percaya kepada Allah lalu mereka mengumumkan puasa, dan kesemua warganya daripada yang terbesar sampai yang terkecil memakai pakaian berkabung. Raja mengeluarkan perisytiharan ke seluruh Niniwe: “Melalui ketetapan raja serta para pembesarnya, baik manusia mahupun haiwan, baik kelompok mahupun kawanan ternakan, tiada yang boleh makan sesuatu pun, ataupun minum air. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Orang Niniwe percaya" Selepas nabi Yunus bertaubat di dalam perut ikan kemudian dimuntahkan ke darat dia pergi ke Niniwe, memberitakan perintah TUHAN supaya mereka bertaubat kalau tidak dalam empat puluh hari lagi Niniwe akan dimusnahkan oleh TUHAN. Mereka percaya dan bertaubat dari kejahatan (ay. 10), raja mengisytiharkan puasa termasuk bintang ternak mereka tidak boleh makan dan minum. Suku kita sudah menerima Injil sejak tahun 1952 tujuh puluh dua tahun panggilan pertaubatan berkumandang adakah kita percaya dan bertaubat seperti orang Niniwe pada zaman nabi Yunus. Tuhan Yesus juga memanggil semua orang untuk bertaubat, tetapi bukan semua percaya dan bertaubat. Mari kita belajar seperti orang Niniwe percaya dan bertaubat hanya dengan sekali sahaja pemberitaan oleh nabi Yunus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 23.7.2024.

Comments

Popular Posts