Hosea 11:5-6 (AVB) Mereka tidak akan kembali ke Tanah Mesir, tetapi orang Asyur akan menjadi raja mereka, kerana mereka enggan bertaubat agar kembali kepada-Ku.
Pedang akan mengamuk di kota-kota mereka, memusnahkan segala palang pintu mereka, dan memakan habis mereka kerana bahana segala rancangan mereka sendiri.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Asyur akan menjadi raja mereka" TUHAN mengasihi orang Israel, sebab itu Dia memanggil mereka keluar dari Mesir (ay. 1) tetapi mereka tidak setia kepada-Nya menyembah patung ukiran dan Baal (ay. 2), kalau mereka tidak bertaubat orang Asyur akan menjadi raja mereka. Tuhan Yesus memanggil kita dari dosa kerana mengasihi kita dan berharap kita tidak lagi hidup dalam dosa, tetapi kalau kita tidak bertaubat masih hidup dalam dosa, kuasa dosa akan menjadi raja kita seperti orang Israel Asyur akan menjadi raja mereka bukan lagi TUHAN.
Mari kita belajar tidak lagi hidup dalam dosa sebab dosa yang menjadi raja kita seperti bangsa Israel orang Asyur akan menjadi raja mereka.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
4.7.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment