Hosea 9:7-8 (AVB) Hari-hari penghukuman telah tiba, hari-hari pembalasan telah tiba, Israel akan menyedarinya. Nabi dianggap orang bodoh, orang yang diilhami roh dianggap orang gila, kerana begitu besarnya kesalahanmu dan hebatnya permusuhan itu. Nabi, bersama-sama Allahku, ialah penjaga Efraim, tetapi jerat pemikat burung ada di segala jalannya. Permusuhan ada di Bait Allahnya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Nabi dianggap bodoh" TUHAN melihat sikap orang Israel walaupun ada nabi yang diutus oleh TUHAN untuk menegur dosa dan memberi petunjuk tetapi mereka abaikan, malah nabi dianggap bodoh dan orang yang diilhamkan oleh Roh dianggap gila, bukan itu saja permusuhan ada di dalam Bait Suci maksudnya para imam sendiri ada permusuhan. Tuhan Yesus juga pernah dianggap orang gila (Mrk 3:21) sebab pelayanan dan sikap-Nya yang luarbiasa. Mari kita belajar tidak ada sikap nabi dianggap bodoh, orang yang diilhamkan oleh Roh dianggap gila, dalam konteks kita hari ini para pengkhutbah ialah nabi dan orang yang diilhamkan oleh Roh. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 2.7.2024.

Comments

Popular Posts