Obaja 1:15 (AVB) Sebab bagi segala bangsa, hari TUHAN sudah menjelang. Apa yang kamu lakukan kepada orang lain begitu jugalah akan dilakukan kepadamu, akibat perbuatanmu akan kembali menimpa kepalamu sendiri. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Apa yang kamu kepada orang lain" Nabi Obaja bernubuat kepada orang Edom keturunan Esau, mereka juga akan dihukum oleh TUHAN sebab keangkuhan mereka (ay.3) menjelang hari TUHAN menghukum mereka sesuai apa yang mereka lakukan kepada orang lain begitu jugalah dilakukan kepada mereka. Mudah saja penghakiman TUHAN apa yang kita buat kepada orang lain itu juga akan dibuat TUHAN kepada kita. Tuhan Yesus mengajar lakukan kepada orang lain seperti yang kita mahu orang lain lakukan kepada kita, itulah maksud hukum Taurat dan kitab para nabi (Mat. 7:12). Mari kita belajar penghakiman TUHAN itu mudah apa yang kamu lakukan kepada orang lain begitu jugalah yang dilakukan kepada kamu. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 20.7.2024.

Comments

Popular Posts