Hosea 12:1 (AVB) “Efraim menjadikan angin makanannya dan mengejar angin timur sepanjang hari. Mereka melipatgandakan kebohongan dan kemusnahan, mereka mengikat perjanjian dengan Asyur dan membawa minyak ke Mesir.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mengejar angin" TUHAN mengibaratkan suku utara yang disebut Efraim dan suku selatan disebut Yehuda walaupun ada lagi suku lain yang tinggal di utara dan di selatan seperti mengejar angin, sebab mereka meninggalkan TUHAN dan mengejar tuhan-tuhan lain serta berharap pertolongan politik dari kerajaan yang kuat pada masa itu Asyur dan Mesir. Tetapi TUHAN melihat usaha itu seperti mengejar angin, tidak ada gunanya. TUHAN yang lebih berkuasa berbanding kerajaan yang kuat pada masa itu. Tuhan Yesus adalah TUHAN kita tidak perlu lagi mengajar angin yang memang tidak berguna itu. Mari kita belajar supaya tidak mengejar angin tetapi tetaplah setia kepada Tuhan Yesus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 5.7.2024.

Comments

Popular Posts