Amos 7:12-14 (AVB) Lalu Amazia berkata kepada Amos, “Wahai pelihat, pergilah! Nyahlah ke Tanah Yehuda! Carilah nafkah di sana dan bernubuatlah di sana! Jangan lagi bernubuat di Betel, kerana ini tempat suci raja, bait suci kerajaan.” Jawab Amos kepada Amazia, “Aku ini bukan nabi, dan juga bukan seorang anak nabi. Aku penternak dan pemelihara pokok ara. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jangan lagi bernubuat" Nabi di Betel mengusir nabi Amos menyuruhnya pergi ke Yehuda supaya dia tidak bernubuat lagi di Betel mengatakan Israel pasti dibuang dari bumi mereka (ay. 11). Nabi Amos tidak mahu pergi sebab dia patuh kepada TUHAN agar bernubuat di Israel. Tuhan Yesus juga pernah diusir dari kampung-Nya sendiri Nazaret Dia pergi dan memberita kerajaan TUHAN di tempat lain (Luk. 4:16-30). Apa yang terjadi dengan Nazaret hari ini, bukan pusat Kekristian yang penting. Mari kita berlajar tidak mengatakan jangan lagi bernubuat kepada para hamba TUHAN hari ini dan bertaubat supaya rakyat kita tidak dibuang di bumi sendiri. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 17.7.2024.

Comments

Popular Posts