Mikha 1:9-10 (AVB) kerana lukanya tidak tersembuhkan. Sesungguhnya, luka itu telah menjalar ke Yehuda, sampai ke pintu gerbang bangsaku, ke Yerusalem. Jangan khabarkan hal itu di Gat, jangan sekali-kali menangis! Berguling-gulinglah di dalam debu di Bet-Le-Afra! Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Lukanya tidak tersembuhkan" Nabi Mika melayani pada zaman raja Yotam, Ahas dan Hizkia menjadi raja Yehuda (ay. 1). Dia menegur dosa orang Samaria dan Yerusalem ibarat luka yang tidak dapat disembuhkan. Samaria akan dimusnahkan dan menjadi tempat menanam anggur (ay. 6), Yerusalem juga dihukum TUHAN (ay. 9). Hukuman TUHAN boleh berlaku kepada siapa saja kalau tidak bertaubat, Kota suci Yerusalem sekali pun tidak terkecuali dihukum TUHAN berulang kali kalau tidak bertaubat. Tuhan Yesus pernah meratapi kemusnahan kota Yerusalem sebab dosa penduduknya menolak mesias (Luk. 13:34-35). Mari kita belajar bertaubat sebelum lukanya tidak tersembuhkan dan perlu dihukum oleh TUHAN seperti Samaria dan Yerusalem. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Miri Hotel, Miri Sarawak Malaysia. 25.7.2024.

Comments

Popular Posts