Hosea 10:12-13 (AVB) Semailah bagimu perbenaran, tuailah kasih abadi; bajaklah tanahmu yang kosong, kerana sudah waktunya mencari hadirat TUHAN, hingga Dia datang dan menghujani kamu dengan perbenaran.
Kamu telah membajak kefasiqan, kamu telah menuai kejahatan, kamu telah memakan buah dusta. Kerana kamu terlalu yakin akan jalanmu sendiri dan kesateriamu yang amat ramai itu,
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tuailah kasih abadi" TUHAN berharap bangsa suku utara bertaubat, cukuplah mereka membajak kefasiqan, menuai kejahatan dan memakan dusta sepatutnya mereka sudah faham akibat kejahatan mereka sendiri yang menderita. TUHAN memanggil mereka supaya membajak hati yang kosong semailah kebenaran dan akan menuai kasih abadi, sebab sudah tiba untuk mencari hadirat TUHAN.
Tuhan Yesus mengatakan kerajaan TUHAN sudah dekat bertaubatlah, sekarang kerajaan TUHAN itu sudah ada di dalam diri kita, tuailah kasih abadi TUHAN dalam hidup kita.
Mari kita belajar tuailah kasih abadi TUHAN dengan membajak dan menyemai benih kebenaran.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
3.7.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment