Yo'el 3:16-17 (AVB) TUHAN mengaum bak guruh dari Sion dan memperdengarkan suara-Nya dari Yerusalem. Langit dan bumi akan bergoncang, tetapi TUHAN ialah tempat berlindung bagi umat-Nya dan benteng bagi orang Israel. “Maka kamu akan mengetahui bahawa Akulah TUHAN, Allahmu, yang bersemayam di Sion, gunung-Ku yang suci. Yerusalem akan menjadi suci dan orang asing tidak akan melintasinya lagi. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Akulah TUHAN yang bersemayam di Sion" Seperti kitab para nabi yang lain TUHAN memberi janji dan harapan kepada bangsa Israel, kali ini TUHAN berjanji Dia akan bersemayam di Sion menjadikan gunung itu suci. Kalau kita berpeluang menjejakkan kaki di bukit Sion itu bermaksud kita berada tempat di mana TUHAN bersemayam, mungkin sebab itulah bukit Sion menjadi rebutan. Tuhan Yesus juga dikatakan akan datang ke bukit Sion, walaupun tidak ada ayat yang menyokong keyakinan ini, tetapi cukuplah bagi kita faham dan yakin TUHAN ada di mana-mana dan sucilah sesuatu tempat itu kalau Dia disembah di sana. Mari kita belajar TUHAN yang kita sembah ialah Akulah TUHAN yang bersemayam di Sion. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 10.7.2024.

Comments

Popular Posts