Mikha 4:12-13 (AVB) Tetapi mereka tidak mengetahui fikiran TUHAN dan tidak mengerti rancangan-Nya, bahawa Dia akan menghimpunkan mereka seperti berkas-berkas gandum ke tempat pembantingan.
“Segeralah mengirik, wahai puteri Sion, kerana tandukmu akan Kujadikan besi dan kukumu akan Kujadikan tembaga. Engkau akan menumbuk hancur banyak suku bangsa. Engkau akan mengkhususkan jarahan mereka kepada TUHAN dan kekayaan mereka kepada Tuhan semesta bumi.”
Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini kita belajar tentang "Tidak mengetahui fikiran TUHAN" Nabi Mikha menubuatkan masa depan bukit Sion akan ditinggikan oleh TUHAN (ay.1), walaupun mengalami hukuman kerana dosa rakyat, pemimpin dan raja tetapi akan dipulihkan oleh TUHAN. Begitulah kita pun berharap pemulihan dalam diri, keluarga dan masyarakat kita, mungkin sakit, miskin, kecewa dan sebagainya hari ini dipulihkan oleh TUHAN. Percaya dan mengikuti teladan Tuhan Yesus cara TUHAN memulihkan kita.
Mari kita berlajar tidak mengetahui fikiran TUHAN walaupun begitu kita tahu bukan untuk memusnahkan kalau bertaubat.
Ibadah yang sejati mengetahui fikiran TUHAN iaitu bertaubat dari kejahatan supaya dipulihkan.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
28.7.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment