Wahai Firaun, engkau akan dihancurkan di antara golongan yang tidak bersunat dan dibaringkan bersama-sama kalangan yang terbunuh oleh pedang.
Di sana ada Edom dengan raja-raja dan semua pemimpinnya. Meskipun dahulu mereka berkuasa, mereka pun ditempatkan bersama-sama orang yang terbunuh oleh pedang, dibaringkan bersama dengan orang yang tidak bersunat dan orang yang turun ke liang kubur.
Yehezkiel 32:28-29
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tentang "Turun ke liang kubur" Firman TUHAN datang lagi kepada nabi Yehezkiel tentang Firaun raja Mesir, dia akan dibunuh oleh pedang (ay.31) dan turun ke dunia orang mati bersama orang yang dibunuh oleh pedang. Tuhan Yesus mengajar kita bahawa mereka yang menggunakan pedang akan mati kerana pedang (Mat 26:52). Tidak ada yang baik apabila menggunakan pedang. Mari kita belajar pedang membawa Firaun ke liang kubur bersama orang yang terbunuh oleh pedang. Kaamatan bukan membawa ke liang kubur tetapi ke rumah dengan kegembiraan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 26.5.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment