Beginilah firman Tuhan ALLAH: Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawan para gembala itu. Aku akan menuntut domba-Ku daripada tangan mereka dan memecat mereka daripada pekerjaan menggembala domba. Para gembala itu tidak boleh mengurus diri mereka sendiri lagi. Aku akan melepaskan domba-Ku daripada mulut mereka sehingga tidak menjadi makanan mereka lagi.
Yehezkiel 34:10
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari, hari ini kita belajar tentang "Memecat mereka" TUHAN kecewa dengan para gembala iaitu pemimpin bangsa Israel yang gagal menjadi gembala yang baik kepada rakyat. TUHAN akan memecat mereka dari pekerjaan menggembala domba. Tuhan Yesus sendiri mengatakan bahawa Dia ialah gembala yang baik (Yoh 10: 11,14), pada zaman-Nya pun para pemimpin agama gagal menjadi gembala yang baik kepada rakyat. Gembala yang baik menggembala dengan keadilan (ay.16), memberi makan yang baik (ay. 27), memberi ketenangan (ay. 28). Mari kita belajar menjadi gembala yang baik sebelum TUHAN memecat mereka yang gagal menjadi gembala yang baik. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 28.5.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment