Datanglah firman TUHAN kepadaku demikian, “Wahai anak manusia, bernubuatlah menentang nabi-nabi Israel yang sedang bernubuat itu. Katakan kepada mereka yang bernubuat menurut kehendak hati sendiri, ‘Dengarlah firman TUHAN!’
Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Malangnya nabi-nabi bodoh yang menuruti bisikan hatinya sendiri; sesungguhnya mereka tidak mendapat penglihatan apa-apa pun.”
Yehezkiel 13:1-3
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Nabi-nabi bodoh" Nabi Yehezkiel mendapat firman TUHAN tentang para nabi yang bernubuat palsu yang disebut oleh TUHAN nabi-nabi bodoh, rupanya di tempat pembuangan di Babel ada juga nabi-nabi palsu yang dibuang bersama, seperti di Yerusalem mereka terus bernubuat palsu. Mereka bernubuat bahawa akan ada damai (ay 16) tetapi tidak mengajak pertaubatan rakyat. Tuhan Yesus datang membawa damai dalam masa yang sama mengajak pertaubatan. Mari kita belajar nubuatan yang benar mengajak pertaubatan kemudian disusuli damai sejahtera bukan seperti nubuatan nabi-nabi bodoh ada damai tetapi tiada pertaubatan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 7.5.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment