Katakan kepada Tirus, yang terletak di pintu masuk lautan dan yang berdagang dengan bangsa di banyak daerah pesisir: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Wahai Tirus, engkau berkata, “Aku cantik sempurna.” Perbatasanmu di tengah lautan. Tukang bangunanmu menyempurnakan kecantikanmu. Yehezkiel 27:3-4 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Cantik Sempurna" Firman TUHAN untuk Tirus bersambung digambarkan kecantikan dan kepesatan perdagangan sisir pantai dari serata dunia pada zaman itu berdagang di Tirus. Tidak dinafikan persisir pantai memang cantik. Tidak salah menjadi cantik dan pesat membangun, tetapi kerana kesombongan Tirus dia dihukum oleh TUHAN. Tuhan Yesus menegur orang sombong yang sombong di hadapan manusia dan juga di hadapan TUHAN. Mari kita belajar cantik sempurna adalah anugerah TUHAN bukan untuk sombongkan diri. Kaamatan mengingatkan kita kecantikan untuk kemuliaan TUHAN bukan kepada semangat padi. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 21.5.2024.

Comments

Popular Posts