Tetapi raja Yehuda memberontak melawannya dan mengirim utusannya ke Mesir supaya dia diberi kuda serta pasukan yang besar. Adakah dia akan berjaya? Adakah orang yang berbuat demikian dapat menyelamatkan diri? Adakah dia yang mengingkari perjanjian dapat menyelamatkan diri? Demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, sesungguhnya di Babel dia akan mati di tempat raja Babel yang mengangkat dia menjadi raja, kerana dia meremehkan sumpah yang diminta raja Babel itu daripada dirinya dan mengingkari perjanjian raja itu dengannya. Yehezkiel 17:15-16 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mengingkari perjanjian" Nabi Yehezkiel mendapat firman TUHAN lagi, kali ini TUHAN mengecam tindakan raja Yehuda raja Zedekia yang diangkat oleh raja Babel selepas kejatuhan Yerusalem kali pertama pada zaman Yoyakim. TUHAN tidak setuju tindakan raja Yehuda mengingkari perjanjian dengan raja Babel supaya Yehuda tunduk kepada Babel. Tuhan Yesus sudah mengikat kita dengan janji supaya setia kepada-Nya dan Dia menjadi TUHAN kita, janji itu selalu diingatkan ketika Perjamuan Kudus diadakan. Mari kita belajar tidak mengingkari perjanjian dengan Tuhan Yesus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 11.5.2024.

Comments

Popular Posts