Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Hatinya menjadi sombong kerana ia menjulang tinggi dan pucuknya yang teratas menjulur di antara cabang yang rendang. Oleh sebab itu, Aku menyerahkannya ke dalam tangan seorang yang berkuasa dalam kalangan bangsa asing, dan akan memperlakukan dia selaras dengan kefasiqannya. Aku menghalaunya.
Yehezkiel 31:10-11
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hatinya menjadi sombong" Firman TUHAN datang lagi kepada nabi Yehezkiel kali ini kepada Firaun, dia diibaratkan pokok araz (ay.3) yang melebihi ketinggian dan kecantikan berbanding pokok lain di Taman Eden (ay.9), boleh juga merujuk kepada malaikat TUHAN yang memberontak itu. Kesombongan boleh timbul dalam hati sebab kecantikan atau ketampanan, kekayaan, pendidikan tinggi dan sebagainya. Malaikat TUHAN yang paling hebat kerana kesombongan telah jatuh dalam dosa. Tuhan Yesus sudah memperingatkan rakyat supaya tidak menjadi sombong. Mari kita berlajar supaya tidak hatinya menjadi sombong. Kaamatan kalah menang dalam pertandingan bukan untuk menjadi sombong. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 25.5.2024.
Tahniah juara sugandoi Kaamatan 2024: Christina Imelda (Karambunai).
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment