Samaria tidak melakukan setengah pun daripada dosa-dosamu. Kekejianmu jauh lebih banyak daripada mereka, sehingga para saudara perempuanmu itu kelihatan benar berbanding dengan segala kekejian yang kaulakukan. Yehezkiel 16:51 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Samaria tidak setengah pun daripada dosa-dosamu" Nabi Yehezkiel mendapat firman TUHAN lagi, kali ini ancaman hukuman dan Yerusalem diibaratkan perempuan sundal oleh TUHAN sendiri, malah lebih jahat daripada Samaria, (Ibu kota kerajaan Israel utara, lebih dahulu dimusnahkan oleh TUHAN kerana kejahatan mereka). Kerajaan selatan (Yerusalem )tidak bertaubat dan Samaria tidak setengah pun daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh Yerusalem. Tuhan Yesus memanggil kita semua supaya bertaubat, kalau tidak bertaubat boleh jadi kita lebih jahat daripada orang yang tidak mengenal kebenaran firman TUHAN. Mari kita berlajar bertaubat daripada kejahatan jangan sampai Samaria tidak melakukan setengah pun daripada dosa-dosamu. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 10.5.2024.

Comments

Popular Posts