meskipun ayahnya tidak melakukan segala hal itu: Dia makan daging korban di atas gunung-gunung dan menodai isteri jirannya. Dia menindas orang miskin dan orang melarat, merampas harta orang dan tidak mengembalikan gadaian. Dia memuja berhala-berhala dan melakukan kekejian, memberikan pinjaman dengan menuntut bunga dan mengambil riba. Adakah dia akan tetap hidup? Tidak, kerana dia telah melakukan segala kekejian itu. Oleh sebab itu dia harus mati dan darahnya tertanggung atas dirinya sendiri. Yehezkiel 18:11-13 Kopivosihan dan selamat beribadah, bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menodai isteri jirannya" Antara dosa orang Israel yang disebut oleh TUHAN ialah menodai isteri jiran, mungkin perbuatan yang selalu dilakukan oleh mereka pada zaman itu, pada zaman kita terlalu jarang perbuatan seperti ini dilakukan, seumur hidup saya belum pernah dengar di kampung saya dan kampung sekitar perbuatan seperti itu.Tidak hairan kenapa bangsa Israel dihukum oleh TUHAN. Tuhan Yesus memberi peluang kepada perempuan yang berzina untuk bertaubat, panggilan pertaubatan boleh dikatakan sepanjang hidup kita supaya kita ada cukup waktu untuk bertaubat dan sepanjang hidup kita jugalah hukuman TUHAN berlangsung sesuai perbuatan kita. Mari kita belajar menjauhi dosa menodai isteri jirannya. Damai sejahtera di sanubari kita. Tahniah juara Unduk Nyadau Matunggong tahun 2024 yang berlangsung kelmarin. "Selamat hari ibu" kiranya TUHAN memberkati anda semua. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 12.5.2024.

Comments

Popular Posts