Bangsa-bangsa pun mendengar tentangnya, dan ia tertangkap di dalam lubang jebakan mereka lalu dibawa dalam keadaan terbelenggu oleh cangkuk ke Tanah Mesir. Setelah singa betina itu melihat bahawa penantiannya dan harapannya lenyap, diambilnya seekor anaknya pula dan dibesarkannya menjadi singa muda. Yehezkiel 19:4-5 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Terbelenggu oleh cangkuk" Kerajaan Israel diibaratkan seekor singa muda yang kuat, terkenal dan digeruni, tetapi terjebak oleh jebakan bangsa lain, Terbelenggu oleh cangkuklah dia ke Mesir. Kisah sedih si singa betina kerana kesudahan hidupnya dicangkuk tidak dilepaskan. Tuhan Yesus melepaskan belenggu cangkuk pada leher kita iaitu dosa, sekarang kita sudah bebas. Mari kita belajar tidak terbelenggu oleh cangkuk dosa lagi. Kaamatan mengingatkan kita belenggu oleh cangkuk kemabukan sudah lepaskan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 13.5.2024.

Comments

Popular Posts