Datanglah firman TUHAN kepadaku demikian, “Wahai anak manusia, hadapkanlah mukamu kepada Gog di tanah Majuj, iaitu raja agung negeri Mesekh dan Tubal. Bernubuatlah menentangnya dan katakan: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawanmu, wahai Gog, raja agung negeri Mesekh dan Tubal.” Yehezkiel 38:1-3 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menjadi lawan mu" Firman TUHAN datang lagi kepada nabi Yehezkiel, kali ini tentang bangsa Gog sekarang Kapadokia sebahagian negara Turki. Mungkin pada zaman itu Gog bangsa yang kuat, ditakuti oleh bangsa sekitarnya. Tidak disebut apa dosa yang dilakukan oleh bangsa Gog tetapi TUHAN berfirman bahawa Dia menjadi lawan bangsa ini. Gog juga disebut dalam Kitab Wahyu 20:8 dikatakan Gog dan Magog berkumpul seperti pasir di lautan. Tuhan Yesus akan melawan dan memusnahkan Gog dan Magog itu mungkin boleh bermaksud kejahatan dunia ini. Mari kita belajar tidak menjadi jahat seperti Gog dan Magog kalau tidak TUHAN akan menjadi lawan mu. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 1.6.2024. Tahniah Unduk Nyadau KDCA Kebangsaan dari Inanam Tati Hyellene Danius.

Comments

Popular Posts