Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Ketahuilah, Aku akan mengurniakan Tanah Mesir kepada Nebukadnezar, raja Babel. Dia akan mengangkut kekayaannya, melakukan penjarahan, dan mengadakan perampasan. Itulah upah bagi pasukannya. Tanah Mesir akan Kukurniakan kepadanya sebagai upah pekerjaannya, kerana mereka telah bekerja bagi-Ku, demikianlah firman Tuhan ALLAH.
Yehezkiel 29:19-20
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bekerja bagi-Ku" Firman TUHAN datang lagi kepada nabi Yehezkiel kali ini tentang Mesir, negeri ini juga akan dihukum oleh TUHAN sebab kesombongan yang menganggap sungai Nil dia yang menciptakan (ay. 9), selama empat puluh tahun bandar-bandar Mesir menjadi sunyi (ay. 11). TUHAN memberikan Mesir kepada raja Nebukadnezar sebagai upah sebab telah bekerja bagi TUHAN. Tuhan Yesus boleh menggunakan musuh kita untuk mengajar kita bertaubat. Mari kita belajar kesusahan yang ditimbulkan oleh musuh mungkin dia bekerja bagi-Ku kata TUHAN untuk menghukum kesalahan kita. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 23.5.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment