Pada tahun kedua belas masa pembuangan kami, tepatnya pada hari kelima dalam bulan kesepuluh, seorang yang terselamat dari Yerusalem datang kepadaku. Katanya, “Kota itu telah dikalahkan!” Malam hari sebelum kedatangan orang yang terselamat itu kuasa TUHAN meliputi aku, lalu pagi hari ketika orang itu datang kepadaku TUHAN membuka mulutku. Demikianlah mulutku terbuka dan aku tidak kelu lagi.
Yehezkiel 33:21-22
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "TUHAN membuka mulutku" Selepas kedua belas tahun selepas kota Yerusalem ditakluk oleh Nebukadnezar pada zaman raja Yoyakhin, sekali lagi kota itu ditakluki dan dihancur pada zaman raja Zedekia. Sebab raja itu memberontak kepada raja Babel dan dalam masa yang sama mereka tidak bertaubat walaupun sudah diberi amaran oleh nabi Yeremia dan nabi Yehezkiel sendiri, sehingga ada ketika mulut nabi Yehezkiel kelu mungkin tidak boleh membuka mulut sebab kuasa TUHAN tidak diceritakan dalam teks. Tuhan Yesus memberi kita peluang untuk berkata-kata yang memberkati, menguatkan, menghibur dan sebagainya sebelum TUHAN kelukan mulut kita. Mari kita belajar TUHAN membuka mulutku untuk berkata-kata yang benar. Kaamatan membuka mulut untuk berkata-kata yang baik bukan yang jahat. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 27.5.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment