Kemudian Aku akan menguatkan tangan raja Babel, tetapi lengan Firaun akan jatuh terkulai. Ketika Aku memberikan pedang-Ku kepada raja Babel dan ketika dia menghulurkannya untuk melawan Tanah Mesir, mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN. Aku akan mencerai-beraikan orang Mesir dalam kalangan bangsa dan menyerakkan mereka di pelbagai negeri. Maka mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.’
Yehezkiel 30:25-26
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menguatkan tangan raja Babel" Firman TUHAN datang lagi untuk melawan Mesir, ibarat tangan raja Mesir terkulai dan tangan raja Babel dikuatkan oleh TUHAN untuk menghukum Mesir. Semua kota purba dimusnahkan sebab kejahatan mereka, mungkin kita boleh belajar perkampungan atau bandar yang sunyi atau ditinggalkan hari ini ada kena mengena dengan kejahatan. Tuhan Yesus juga bernubuat kehancuran beberapa kota pada zaman-Nya kerana menolak Dia (Luk. 10:13-15). Mari kita belajar TUHAN menguatkan tangan raja Babel untuk menghukum Mesir kejahatan tidak terlepas dari hukuman. Kaamatan bukan mengundang hukuman TUHAN tetapi mengembirakan hati TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 24.5.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment