Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Seperti kayu pokok anggur di antara segala pokok di hutan, yang Kuserahkan ke dalam api untuk dibakar, demikianlah Aku akan menyerahkan penduduk Yerusalem. Aku akan memusuhi mereka. Walaupun mereka terlepas daripada api, mereka tetap ditelan api itu. Maka pada waktu Aku memusuhi mereka, kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.
Yehezkiel 15:6-7
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Ke dalam api untuk di bakar" Firman TUHAN datang lagi kepada nabi Yehezkiel, kali ini TUHAN mengancam untuk membakar penduduk Yerusalem seperti membakar ranting pokok anggur yang tidak berguna. Tuhan Yesus juga menggunakan ranting pokok anggur sebagai perumpamaan para murid-Nya, pokok anggur pula Tuhan Yesus sendiri kalau mereka tetap bercantum pada pokok anggur mereka akan berbuah, sebaliknya kalau terpisah tidak akan berbuah (Yoh 15:1- 8).Mari kita belajar menjadi ranting pokok anggur yang berbuah iaitu tetap bercantum dengan Tuhan Yesus kalau tidak ke dalam api untuk di bakar kerana tidak berbuah. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 9.5.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment