Demikianlah Aku akan menghentikan kecabulan di negeri itu supaya semua perempuan dapat mengambil iktibar dan tidak melakukan kecabulan seperti kamu. Kecabulanmu akan dibalas kepadamu dan kamu harus menanggung dosa-dosa penyembahan berhalamu. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah Tuhan ALLAH. Yehezkiel 23:48-49 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dosa-dosa penyembahan berhalamu" TUHAN mengibaratkan Samaria sebagai perempuan yang bernama Ohola dan adiknya Oholiba Yerusalem (ay 4), kedua-dua mereka seperti pelacur kerana menyembah berhala bangsa di sekeliling mereka. Oholiba melebihi kakaknya dalam perlacuran. Begitu jijik di mata TUHAN apabila bangsa Israel menyembah berhala mereka disamakan dengan pelacur, dalam masa yang sama mereka masuk lagi di Bait Suci menyembah TUHAN (ay 39). Tuhan Yesus tidak mahu kita mempunyai Tuhan lain yang kita sembah, mungkin itu harta, pengetahuan, politik dan sebagai sebab kalau itu menjadi sandaran kita ibarat melakukan pelacuran. Mari kita belajar dosa-dosa penyembahan berhalamu itu menjijikkan TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 17.5.2024.

Comments

Popular Posts