Datanglah firman TUHAN kepadaku demikian, “Wahai anak manusia, engkau tinggal di tengah-tengah keturunan kaum derhaka, yang mempunyai mata untuk melihat tetapi tidak melihat dan yang mempunyai telinga untuk mendengar tetapi tidak mendengar, kerana mereka sememangnya keturunan kaum yang derhaka.” Yehezkiel 12:1-2 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Keturunan kaum yang derhaka" Nabi Yehezkiel mendapat firman TUHAN kali ini TUHAN mengatakan kaum Israel ialah keturunan kaum derhaka, ada mata tetapi tidak melihat dan telinga yang tidak mendengar. Ratusan tahun para nabi menegur mereka tetapi tidak mahu mendengar, sudah dilihat oleh mata mereka sendiri sebahagian ancaman hukuman tetapi mereka tidak percaya. Tuhan Yesus bercakap kepada kita melalui khutbah di gereja dan di media sosial adakah kita melihat dan mendengar kebenaran firman TUHAN? Mari kita belajar melihat dan mendengar kerana kita bukan keturunan kaum yang derhaka. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 6.5.2024.

Comments

Popular Posts