Aku akan membuat kamu berlalu di bawah tongkat gembala dan membawa kamu memasuki ikatan perjanjian. Aku akan membersihkan orang yang memberontak dan menderhaka terhadap Aku daripada kalangan kamu. Akan Kubawa mereka keluar dari negeri tempat mereka tinggal sebagai pendatang, tetapi mereka tidak akan masuk ke Tanah Israel. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.’ Yehezkiel 20:37-38 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tongkat gembala" Para tua-tuan Israel datang meminta petunjuk TUHAN kepada nabi Yehezkiel, TUHAN murka kepada mereka sebab dosa penyembahan berhala di seluruh tanah Israel. Tetapi TUHAN berjanji demi nama-Nya akan mengumpulkan mereka semula dan membersihkan orang yang memberontak dan menderhaka kepada-Nya, rakyat akan berjalan di bawah naungan tongkat gembala. Tuhan Yesus menyatakan diri-Nya gembala yang baik (Yohanes 10:14). Mari kita belajar berjalan di bawah naungan tongkat gembala yang baik tiada lagi pemberontakan dan penderhakaan kepada TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 14.5.2024.

Comments

Popular Posts