Kerana engkau berkata, “Kedua-dua bangsa dan kedua-dua buah negeri itu akan menjadi milikku. Kita akan memilikinya!” — padahal TUHAN hadir di situ — maka demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, Aku akan memperlakukan engkau selaras dengan amarah dan dengki yang kautunjukkan dalam kebencianmu terhadap mereka. Akan Kunyatakan diri kepada mereka ketika Aku menghakimi engkau.
Yehezkiel 35:10-11
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Amarah dan dengki" Firman TUHAN datang lagi kepada nabi Yehezkiel kali ini tentang Seir (ay. 1-2) kota keturunan Esau kembar Yakub (Kej 25: 25-26) mereka juga akan dihukum oleh TUHAN kalau tidak bertaubat sebab amarah dan dengki kepada orang Israel, malah mahu mengambil negeri itu selepas ditinggalkan sebab pendudukan orang Kasdim. Tuhan Yesus mengajar marah terhadap saudara harus dihukum (Mat 5:22), sebab itu amarah dan dengki terhadap orang lain patut dihukum oleh TUHAN kalau tidak bertaubat. Mari kita belajar tidak ada amarah dan dengki tetapi kasih persaudaraan. Kaamatan tentang tiada amarah dan dengki di hati dan di mulut. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia. 29.5.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment